Friday 16 August 2013

FRIENDS.

Assalamualaikum. It has been a longgg time that I did not update my blog. Yeah it's like a camera. Capture a moments and save it! When u read back u can remember what u have gone thru in ur life. For your own self-reflect. kan :) Friends? definition? google it. hehe. There are many types of friends in this crucial world. Semua manusia ada goodness within themselves. got strength and weakness. Tapi bila kita kawan yang agak close betrayed and talking bad behind us, we might been hurt by them. Yes forgiveness is a really good attitude and strongly recommended by islam. But we are human. its not easy to letting go. When u are suffer in ur problems, u lost in your own world, crying every night, sleepless like crazy people and this friend came to consult and comfort u. Rasa bertuah kan? But Alhamdulilah Tuhan nak tunjuk, dia talam dua muka. infront of me baik but behind me she twist the story. I dont simply percaya orang bawa cerita tapi orang tu sendiri told me. He thought she is my bestfriend and he been asked her how to deal bla bla and i cudnt believe dia seperti menyokong apa "the one" itu buat. Enough said, Alhamdulilah God gave me strength to stand up. Syukur Alhamdulilah i still have a good friends around me. Should i believe and berbaik2 with this girl again? Yes we should because we have to treat everyone with kindness. But i will distance myself from her. Be a forgiver.

Monday 21 May 2012

DI ANTARA TANDA HAJI /UMRAH DITERIMA

بسم الله الرحمن الرحيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Taklimat oleh Ustaz Mohd Ali Sudirman di Makkah, kesinambungan dari taklimat Tawaf al-Wada', antara lain menyentuh dan memberi tips mengenai tanda-tanda Haji dan umrah seseorang yang diterima di sisi Allah s.w.t. Di antara tanda-tanda Haji/Umrah yang diterima adalah seperti berikut.
Menurutnya, merujuk kepada Imam Ghazali dalam kitabnya, ada 3 tanda menunjukkan Haji/Umrah seseorang hamba Allah itu diterima.
Pertama : Masalah solat / sembahyang.
Waktu sebelum dia pergi, solat berbelang-belang. buat isyak, subuhnya hilang. tunai zohor, asarnya melayang. maghrib dibuat, isyaknya pula terbang. Maka, selepas umrah, tiada satu pun solatnya tertinggal lagi atau mungkin, solatnya hanya mingguan (jumaat), maka dia kini solat setiap waktu tanpa ketinggalan atau mungkin solatnya hanya tahunan (solat hari raya). Maka dia tidak lagi meninggalkan solat yang difardukan.
Namun, bagi yang tidak pernah solat, 1x seumur hidup sahaja dia solat. itupun di solatkan. sebelumnya tidak pernah masuk masjid, bila mati sahaja baru dia dibawa ke masjid. ini yang sangat kita takutkan. Nauzubillah.
Jadi, umrah yang diterima itu, makanya bukan sahaja solat fardunya tidak lagi ketinggalan, bahkan solat sunatnya juga jadi amalan. Samada Dhuha, tahajud dan lain-lainnya.
Kedua : Mengumpat dan Mengossip
Waktu sebelum ke Haji/ Umrah, dia sangat suka membuka keaiban orang, suka diumpatnya orang, suka difitnahnya orang, biasanya mak cik - mak cik, kini menjangkit pula pada pak cik-pak cik. menurut ustaz.
Perkara mengumpat ini, sangat dibenci oleh Rasulullah s.a.w. ini merujuk satu peristiwa di mana suatu malam, seorang sahabat dari orang afrika jumpa Rasulullah s.a.w. beliau menyatakan hajatnya dalam suasana gelap yang bertemankan lampu kecil dirumah Rasulullah s.a.w. Tatkala Aisyah keluar, berdetik dalam hatinya.. " hitamnya.."
Tatkala orang itu telah pergi, Aisyah mengeluarkan perkataan tersebut pada Rasulullah s.a.w. lantas rasulullah dengan tegas dan agak kemarahan.. muntahkan, muntahkan.., minta Aisyah memuntahkan isi perutnya. Aisyah pelik melihat ketulan daging yang berdarah, sedangkan sudah sekian lama tidak memakan daging.
Menurut rasulullah s.a.w, itu adalah daging saudaramu yang diumpat tadi. Ini lah menandakan betapa berat perbuatan mengumpat. Pastinya sahabat rasulullah itu, tidak marah, kalau dikata demikian, memang dia tahu dia hitam dah malam yang gelap itu, mungkin nampak giginya aje, menurut ustaz, namun untuk memberitakan bahawa, perkara benar pun jika aib, tidak boleh dikatakan.
menurut satu kisah yang dibentangkan oleh ustaz, suatu hari, Nabi s.a.w. bertanya sahabat, " Siapakah orang-orang yang bankrap:.. ada yang menjawab, apabila dagangan sudah habis, ada yang menjawab bagi yang bersawah berladang, hasil habis musnah di makan hama dan sebagainya, maka nabi kata,bukan itu yang dimaksudkannya. maka sahabat dalam kepelikan bertanya maksud rasulullah s.a.w. , jadi siapa yang bankrap..?
Nabi s.a.w. menjawab, orang yang mengumpat. Amal ibadahnya di pindahkan kepada orang yang diumpat. Dosa dan maksiat orang yang diumpat berpindah kepadanya.
Makanya apabila dia telah mengerjakan haji/umrah.. dia tidak lagi suka kepada mengumpat, baik mendengar dan campur sekalipun.
Ketiga : Tentang Harta.
Sebelumnya dia seorang yang bakhil. Sifatnya mewarisi sifat Qarun. Harta banyak tetapi sangat kedekut. Rasulullah s.a.w. sangat membenci sifat bakhil. seperti kisah sahabatnya sa'labah yang lupa diri apabila sudah berharta. saat diminta mengeluarkan zakat dia sangat sombong. hinggalah suatu ketika dia sedar, dia ingin mengeluarkan zakatnya, zakatnya sudah tidak diterima lagi oleh Rasulullah s.a.w.
Sedangkan nabi s.a.w. pernah tidak makan 3 hari berturut-turut. Baginda sangat lapar. Dengan malu beliau kerumah Saidina Abu Bakar, bertanya dengan lembut, Wahai sahabatku Abu Bakr... saya sekadar bertanya sahaja, ada tidak apa-apakah dirumahmu untuk di makan. Aku sudah tiga hari tidak makan.
Mendengar demikian, menangislah Abu Bakr sepuas-puasnya, Rasul yang mulia, tidak mempunyai apa untuk dimakan, sanggup berada dalam kelaparan... makanya saidina Abu Bakr pun menyatakan beliau pun sama seperti baginda Rasulullah s.a.w... maka beliau mengajak rasulullah s.a.w berangkat ke rumah Umar, manalah tahu ada apa-apa untuk di makan. Abu Bakr sahabat yang kaya sebelumnya, hartanya diinfakkan keseluruhannya untuk islam.
Sampai dirumah Umar, demikian juga dialog Abu Bakr kepada umar. Demikian juga Saidina Umar, menangis teresak-esak, menangis bersangatan. Tidak dapat dibayangkan Rasul yang mulia lagi kekasih Allah, sanggup belapar tidak makan kerana tidak ada makanan. Umar juga seorang yang dermawan. Dia juga tidak mempunyai apa lagi untuk di makan. maka beliau bercadang mengajak Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakr ke hujung kampung menuju rumah sahabat yang ada ladang kurma.
Bayangkan alangkah terkejutnya sahabat tersebut diziarahi oleh ketiga-tiga yang mulia tersebut. Dalam keadaan terperanjat, teruja bahkan sangat gembira. Tidak pernah dibayangkan nabi s.a.w yang mulia sangup menjejak kaki ke rumahnya. Langsung diajak masuk hingga dia tidak tahu apa nak buat kerana terlalu gembira.
Akhirnya apabila diketahui hajat baginda dan 2 sahabat yang mulia, dia menangis bersangatan juga, lantas terus belari keluar memanjat sendiri pohon kurma, memetik dan menghidang sendiri dalam tangisan. Dia merasa bersalah, dia punyai ladang kurma, sedang Nabi dan sahabatnya tidak makan 3 hari. dia sangat menyalahkan dirinya.
Rasul yang mulia, bila nak makan kurma pun, masih sempat berkata, 'ini juga akan ditanya oleh Allah s.w.t.".... sungguh sedih kisah tersebut... mengalir airmata, tatkala dikisahkan oleh ustaz di Makkah tersebut.
Ya... Rasulullah... Ya Khalifah Awal... Ya Khalifah Thani... sungguh mulia pimpinan kamu...
Maka, apabila umrah kita diterima oleh Allah, kita tidak lagi bersifat bakhil dan kedekut. kita pasti senang berderma, menginfakkan harta, lebih-lebih lagi ke sekolah-sekolah pengajian al-Quran.
Makanya, apabila telah diterima oleh Allah ibadah kita, ketiga-tiga perkara tersebut akan tertegak dalam diri kita. sebaliknya, jika tiada, maka perbanyakkan memohon ampun kepada Allah s.w.t.
Wallahu a'lam.

Monday 14 May 2012

Setiap Ujian adalah untuk mendekat kita kepadaNYA. Bersyukurlah.

Assalamualaikum.

Semua tanya kenapa tiba2 berubah? Kenapa dia jadi 'macam tu'? kenapa dan kenapa? Yeah everyone keep questioning me why and why and to be sincere and honest i dont have the right answer melainkan Allah Mengetahui segalanya dan itulah tanda Dia cintakan kita. Yep, sudah 3bulan peristiwa yg bagi saya sendiri agak pahit. Niat to improve to be better ummah selalu ada dalam diri. Mengharapkan Tuhan akan memberikan seseorang to guide and lead me to Jannah and towards a good muslim. Di ketika itu mungkin merasakan yes i found the right people who can be my life partner. Tiada apa yg diharapkan hanya AGAMA yg ada pada diri, hanya keredhaan Ilahi yg dicari. Namun Dia lebih Mengetahui dan Bijaksana didalam pengaturan hidup manusia. Alhamdulilah syukur ditariknya diri ini dengan petunjuk yang diberikan dan Ya Rahim sifatnya dia memberi laluan yg mudah untuk mencapai rahmat dan hidayahNya. Bila orang tanya kenapa dan kenapa my answer would be, ini kerja Tuhan. Hidayah Milik Allah. Setiap yg terjadi ada hikmahnya, Benar. Jadi tanamkan dalam diri jangan giveup bila orang menganiaya atau terlalu bersedih kerana hikmahnya akan datang selepas kesulitan itu. Berkobar nak luahkan pengalaman ke umrah dan mungkin mengambil masa. Lesson learned :)

Perjalanan ke Mekah dan Madinah

It has been a month im back from Umrah but it still fresh in my mind. When i woke up every morning, dengar orang mengaji kat surau terus terasa macam ada di Masjidil Haram. SubhnAllah unexplainable feeling! My tears will rolling down everytime i look at Kaabah picture. Apa yg lain from others i went there alone. Yeah, alone without my family. But im scared with riak and ujub but im proud with myself and grateful thankful to Allah SWT kerana memberi kekuatan,menggerakkan hati ini dan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah. To be honest dulu tak pernah berminat pun nak tahu dan pergi ke sana. Selalu cakap 'oh maybe belum masanya'. Maklumlah masih muda. But Allah itu Maha Berkuasa atas sesuatu. Kun Fayakun. DIA telah menggerakkan keseluruhan diri ini untuk menjadi tetamuNya. MasyAllah sungguh Kau Maha Pengasih. Keputusan nak pergi pun agak last minute tapi Tuhan telah mempermudahkan urusan dan everything settled just blink an eye! Seperti tidak percaya. Disaat itu hati terasa begitu hiba betapa kasihnya Dia pada HambaNya, betapa janji Dia benar. Setiap kesulitan ada kemudahan. Ya Allah layakkah aku? Aku yg tidak pernah tahu sembahyang sunat yg wujud, aurat yg tidak dijaga betul, kata-kata yg hanya duniawi sahaja. Disaat itu airmata mengalir. Sungguh besar hidayah dariMU ini Ya Rabb.